13 April 2010

Kisah Mayat Bertukar Wajah


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untukmenguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidakberhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu?

Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangisteresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.

Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantasdan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.

Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

08 April 2010

Kisah Cinta Seorang Suami



Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...

01 April 2010

wanita di mata seorang elaki


Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus
membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!
Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu
sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin
one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya
memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa
Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

Teladan : Solat jemaah bersama keluarga


Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…

* Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
* berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
* Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
* Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

Teladan : ditmpa musibah kerana membelakangkan suami

MAZNAH (bukan nama sebenar), ibu lima anak dan isteri Bahari (bukan nama sebenar), seorang pesara. Hidup mereka tidak mewah,

tetapi cukup segala-galanya. Bahari pula sering berulang- alik ke hospital untuk menerima rawatan kerana menghidap penyakit kronik.

Suatu hari, dua adik lelaki Maznah datang ke rumahnya dan membawa berita gembira iaitu ingin mengajaknya menunaikan haji.

Mereka berpendapat kakak mereka yang berpengalaman menunaikan haji, tentu tahu selok-belok dan cara membuat haji dengan betul. Maznah bangga mendengar pujian adiknya, namun kerana terpaksa menjaga suami, dia serba salah dan agak keberatan.

“Kakak pernah pergi dulu, nanti apa pula kata abang Bahari. Memanglah, kalau diikutkan hati, siapa yang tidak mahu pergi ke Tanah Suci. Seribu kali pergi tidak puas lagi,” katanya dengan suara sugul.

Selepas dipujuk, Maznah lembut hati dan mahu mengikut mereka menunaikan haji untuk kali kedua.

Maznah menghantar namanya ke Tabung Haji tanpa pengetahuan suami dan anak. Beliau menjalani rutin harian tanpa meminta izin suami. Apabila tiba masa yang sesuai, dia akan memberi tahu suaminya.

Apabila tiba waktu panggilan dari Tabung Haji, Maznah mendapat surat mengarahkan dia mendaftar dan mengikuti kursus haji.

Gembira bukan kepalang, beliau lantas memberitahu adik-adiknya.

Maznah langsung tidak terfikir untuk meminta kebenaran suaminya. Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila duit simpanannya hanya cukup untuk pakej mengerjakan haji, sedangkan wang poket tidak ada.

Namun akalnya panjang, dia teringatkan anak-anaknya lalu mengumpulkan mereka di rumah. Anak-anak yang tidak tahu hujung pangkal pulang dalam keadaan tertanya-tanya.

“Sebenarnya, mak minta kamu berkumpul sebab nak minta tolong. Permohonan untuk pergi haji sudah diluluskan, jadi mak nak minta bantuan kewangan untuk duit poket dan kecemasan. Tambang pakej sudah sedia. Kalau hendak mengharapkan ayah kamu, dia sakit,” katanya. Semua yang mendengar terkejut, terutama suaminya.

“Bila masa pula kamu tanya saya hendak pergi haji,” tanya Bahari dengan sedikit berang.

“Saya tanya atau tidak, sama juga. Lagipun awak sakit, nanti menjejaskan kesihatan awak pula,” jawab Maznah kepada suaminya.

“Bukankah mak sudah pergi dulu? Buat apa nak pergi banyak kali sebab yang wajibnya sekali saja. Ayah sudah beri keizinan ke belum,” tanya anak sulungnya.

“Ala, kalau tanya ayah kamu bukannya dia hendak bagi. Baik mak tak payah tanya,” balasnya.

“Tak boleh macam itu. Mak kena dapatkan keizinan ayah dulu. Lagipun buat apa nak pergi, sedangkan ayah lebih memerlukan mak di sini. Bukankah ayah sakit?” katanya.

“Alah, kakak dengan abang ini, itupun nak berkira. Kan mak hendak pergi beribadat, hulur sajalah sikit duit poket.” kata anak bongsunya.

Bahari sebagai ayah tidak dapat bersuara kerana tidak mahu membebankan fikirannya. Hatinya kecewa dengan sikap Maznah yang membelakangkan dirinya sebagai suami. Beliau hanya mampu mendiamkan diri dan cuba menahan rasa marah dan hati terluka.

Beliau tidak menyangka Maznah sanggup bertindak di luar pengetahuannya, malah langsung tidak mempelawa untuk bersama menunaikan haji.

Anak-anaknya pula bertengkar sesama sendiri untuk menguatkan hujah masing-masing. Sebagai ibu, Maznah tidak meleraikan mereka, sebaliknya turut sama bertegang leher untuk meminta duit daripada mereka.

“Mak bukannya pergi suka-suka,” tegas Maznah. Bahari menggeleng-gelengkan kepala kerana tahu anak-anaknya bukannya mewah sangat dan gaji pula hanya cukup untuk menyara keluarga saja. Mereka ada masalah tersendiri.

“Mak, tolonglah faham masalah kami. Saya bukannya bergaji besar dan ada empat anak untuk ditanggung. Saya bukan tak mahu beri, tapi mak pergi tak kena masa.,” kata anaknya.

Akhirnya tiada kata putus dicapai, sebaliknya anak-anaknya pula bermasam muka. Bagi Bahari, tiada apa yang perlu diceritakan. Dia seperti tidak wujud bagi isterinya kerana Maznah sanggup memperlakukan dia begitu.

Beliau berserah kepada Allah dan memohon diberi petunjuk kepada isterinya. Dia sudah tidak ada upaya untuk menasihati isterinya yang keras kepala.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan doa orang yang teraniaya pasti ditunaikan. Belum sempat Maznah pergi, beliau ditimpa sakit yang tidak diketahui puncanya iaitu terlantar tidak berdaya, mulutnya senget sebelah dan tidak dapat bercakap dengan jelas serta badannya tidak bergerak bagaikan orang lumpuh.

Bahari pula yang terpaksa menjaga Maznah dengan setia. Beliau walaupun terguris dengan perbuatan isterinya, tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. Bahari sedia mengampunkan dosa isterinya jika perkara buruk terjadi.

Melihatkan Bahari ikhlas menjaganya, Maznah terharu dan menyesal di atas perlakuannya. Itulah balasan yang akan diterima oleh seorang isteri yang tidak menghormati suami.

Niatnya untuk beribadat kepada Allah, tetapi jika tidak diiringi dengan keizinan suami, dosa balasannya.

surat untuk isteri tersayang

PENDAHULUAN

Cerpen ini diadaptasi dari sebuah kisah benar (sahabat baik saya) yang ceritakan dari email. Nama,watak serta plot di dalam cerpen ini telah diubah supaya cerpen ini tidak menimbulkan unsur sensitiviti bagi sesetangah pihak. Penghasilan cerpen ini sekadar ingin dijadikan sebagai ikhtibar untuk kita semua.

----------------------------------------

Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diruyung minda.

Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Zubir,

Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi ######h, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!

Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

Zubir,

Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah kesuatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya, namun Natasya cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.

Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.

Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

Zubir,

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya diKosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima.Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!

Zubir,

Aku mula abaikan Natasya. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Natasya, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu Zubir. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.

Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.

Zubir,

Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Zubir. Farah tinggalkan aku bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?

Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

Zubir, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Natsya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Natasya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Azhad Ahlami biasa membesar dari sumur Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Zubir. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Natasya. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang Natasya.

Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Zubir berombak menahan sebak.

Zubir,

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Zubir. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak ku ucapkan.

Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Natasya. Aku sungguh kejam.

Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri!

Kesihatan Natasya semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.

Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Natasya semakin lemah.

Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natasya pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Zubir,

Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Natsaya akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Zubir!

Megat Iskandar,
23 January 2002. Malaysia.

Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Airmata Zubir seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Iskandar menyedarkan Zubir. Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Zubir menyiapkan Tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari tidur. Najwani, abang Sayangkan Najwani! Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat.

TAMAT

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**